Khamis, 9 April 2009

Tika dan Kalimat

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Pertama sekali, aku, Yusni Bin Abd. Rahman nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Normaliza, Dr. Arbaie Sujud dan Cik Alia (tutor BBM3410 aku tu) yang banyak beri tunjuk ajar, nasihat, dan panduan kepada kami semua sepanjang menuntut dalam kelas bahasa dalam multimedia. Tak tau nak cakap apa lagi, pendek kata kelas ni memang best.!

Taulah, aku ni pemalas turun kelas. Tapi kelas Bahasa Dalam Multimedia ni satu pun aku tak pernah miss. ye ke? hehehe..



Bahasa dalam multimedia.. Bahasa dalam multimedia.. sekali lagi bahasa dalam multimedia.. Aku tak sikit pun pasal nama kursus ni. Aku tengok senior-senior aku dulu macam buat benda pelik-pelik je. Bila aku tanya diorang buat kerja apa, diorang jawab bahasa dalam multimedia. Aku tanya lagi apa bendanya bahasa dalam multimedia tu? dijawabnya "ala nanti kau tahulah juga".

Sekarang aku dah faham apa itu bahasa dalam multimedia. Walaupun aku tak dapat cipta satu definisi bagi subjek ni, tapi dalam kepala aku ada gambaran "apa itu bahasa dalam multimedia". Ya.. Bahasa dalam multimedia. Buat yang nak tahu apa itu bahasa dalam multimedia, nah tunggulah nanti korang tahu jugak. Hahaha.. Kalau nak tahu, ambik la subjek ni (khas untuk student FBMK je).

Best tak best kelas ni, mari dengar ini cerita. Mula-mula sekali aku masuk kelas ni, aku ada dengar budak-budak kelas cakap Dr. Normaliza ni tegas. Kita tak boleh datang lambat (aku tak risau pun). Sekali Dr. cakap sorang ahli kumpulan tak datang kelas atau datang lewat, markah seluruh ahli kumpulan akan ditolak.! akan ditolak! Adush, berdengung kepalaku mendengarnya. Lagi pula dalam kumpulan aku aku seorang je lelaki. Aku pulak yang paling cool (ye la tu). Seminit pun tak boleh lewat. Memang Dr. sangat punctual,kan ??? 1 kebiasaan dan kemestian dalam kelas Dr. Tambah lagi, siapa yang duduk bahagian belakang, kena ambil no matrik dan markah akan ditolak. Dia akan jadi muka ‘wanted’ Dr. Normaliza. Jadi, disebabkan itu juga la, semua orang berpusu- pusu nak duduk depan.

Yang paling bestnya, siap ‘booking’ kan tempat duduk untuk kawan- kawan pula tu. Sampai bergaduh masing- masing. Iya la kan.. Siapa yang datang lambat, pergila belakang, siapa yang awal, duduk la depan kan .. Tak payah la cop kan…Itu inisiatif diri sendiri kan… Tapi, itu yang manis tu.. Boleh tengok macam- macam aksi dan gelagat. Kalau yang dah lambat tu, mesti berlari- lari macam masuk ‘jogathon’. Lepas kaki dah melangkah je dalam kelas, mesti semua tarik nafas lega.. (lega ke semput?) ahaha..
Sebelum ni, tak pernah kelas mana- mana pensyarah yang aku belajar, pelajar beria- ia masuk kelas. Biasanya pelajar boleh berjalan lenggang kangkung nak pergi ke kelas. Tapi, dengan Dr. Normaliza ni semuanya berubah. Masing- masing berpusu- pusu ke kelas… Termasuk aku yang (cool) ni sekali. Sampai kelas, terus hilang rasa cool aku. Semput pulak ada lah. Berpeluh-peluh lagi tu.

Kursus bahasa dalam multimedia ni, ada amali 1 jam. Kelas amali aku hari khamis, pukul 8 malam di bawah pengawasan cik alia. Masa mula-mula aku masuk kelas amali Cik Alia ni, terus terang aku cakap. Eleh, akak ni nak ikut macam Dr. Normaliza la pulak (Cik Alia.. Cik Alia jangan marah ya.. Hehehe...) Malam kelas amali pertama aku tu, Cik Alia buat-buat garang. Aku yang duduk belakang masa tu terfikir, kalau macam ni lah tegasnya tutor kelas ni, alamat satu sem ni la aku tak datang surau pada malam jumaat (ceh.! poyo sedikit di situ). Rupanya, muka garang Cik Alia tu cuma sebentar sahaja. Tak sampai sejam pun. Biasalah, buat pertama kali kita bersua, kita tak kenal cara orang kan.. (Cik Alya jangan marah, jangan tolak carry mark saya tau. Walaupun tutorial pada malam jumaat tapi saya tak pernah tak hadirkan diri. Saya kan ketua kelas, so markah bagi up sikit la. Boleh?) Hehehe..

Dr. Normaliza mengarahkan kami semua buat kumpulan. 1 kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli. Dalam kumpulan aku, aku seorang je lelaki dan lima orang yang lain tu pe lagi, tak lain tak bukan aweks la. Kumpulan Al- Najjah, itulah nama kumpulan aku yang maksudnya kejayaan. Aku tak pasti siapa yang cadangkan nama Al-Najjah tu (Ajue kot), yang penting kumpulan Al-Najjah ni best. Aku tahulah, budak-budak dalam kumpulan aku ni mesti selalu kutuk aku. Aku pasti sangatlah dengan perangai diorang ni. Lagi-lagi budak Hijau (Adha). Tapi takpe, aku tak kisah. Biar aku tunjukkan bahawa aku seorang yang bertanggungjawab dalam kumpulan Al-Najjah ni. (Budak Hijau jangan marah tau, nama anda terpetik secara tak sengaja di sini) Huhu..
Oopss.. sebelum terlupa, dalam kumpulan Al-Najjah ni, ada Ajue (kepala dalam kumpulan) Yusz (satu-satunya lelaki), Min (budak baik), Adha (perempuan hijau), Lisa dan Vera.

Selepas Dr. Normaliza terangkan serba sedikit tentang diskripsi kursus dan masing- masing dah ada kumpulan, Dr. mengingatkan supaya selalu cek depan bilik Dr., di bill board, kalau ada pesanan untuk kita semua. Selain tu, Dr. juga minta bawa gam, gunting, kertas keras saiz A4, reben, punch dan majalah. Pada minggu depannya, masuk- masuk kelas, Dr. suruh tengok di screen depan. Masa tu, kami belajar asas grafik rupanya. Aku tak faham pun apa maksud Dr. sebenarnya sebab aku rasa mengantuk masa tu. Selepas tu, kami disuruh duduk dalam kumpulan dan buat asas grafik tersebut. Ahli kumpulan aku macam tak faham je… Masing- masing relax.. tapi, mendengar kan yang kita semua kena hantar benda tersebut sebelum pukul 2, apa lagi…kelam kabut semua orang masa tu. Asas grafik, ada 5 iaitu keseimbangan, kesesuaian, mudah, warna dan teks. Alhamdulillah, siap juga board tu. Kami semua dapat A tau. Terima kasih, Dr…

Kelas yang berikutnya, kami masih dalam kumpulan yang sama. Al- Najjah. Masuk- masuk kelas saja, Dr. pasti akan cek siapa yang duduk paling belakang. Kalau orang yang sama, Dr. akan potong markah. Hee~ Kemudian, kami belajar tentang multimedia. Dr. dah ingatkan, dalam kelas Dr. tak ada nota, jadi kena cepat ambil nota. Cepat ambil nota??? Yup… Kita semua ambil nota dari Dr. dengan kamera. Masa tu, kumpulan aku tak ada kamera lagi. Terlupa nak bawa. Tengok saja la kumpulan lain klik2 ambil nota. So, aku dan kawan-kawan aku pun salin la selaju yang mampu. Dr. ajar, memang laju. Mentang- mentang la bahasa dalam multimedia, betul- betul kami mempraktikkan bahan- bahan multimedia yang kita guna selalu.

Lepas Dr. mengajar, rupa- rupanya ada kuiz. Kumpulan mana yang Dr. panggil, dapat jawab, akan dapat markah bonus. Wah, terus hilang je rasa mengantuk aku masa tu. Semua ahli kumpulan kena berdiri serentak dengan pantas dan tuntas kalau Dr. panggil. Kalau lambat berdiri, terus duduk, tak payah jawab soalan tersebut. Kalau ahli dalam kumpulan tak cukup pun, terus duduk je. Tak payah jawab. Gerun kan, dengar?? Tapi, bagus juga Dr. buat macam ni. Sekurang- kurangnya, pelajar pay attention masa Dr. mengajar. Biasanya, setiap kali pensyarah mengajar, bukan semua menunjukkan minat. Sebabnya pendekatan yang digunakan pensyarah tu tak menarik minat pelajar. Bayangkanlah, kalau kelas 2 jam, kena dengar pensyarah bersyarah selama 2 jam. Macam bagi khutbah pun ada. Mestilah mengantukkan kan… Tapi, dalam kelas bahasa dalam multimedia, mata tak boleh nak berkelip pun. Ceh.. Celik je terus.. Bagi tumpuan pada apa yang Dr. ajarkan..

Kelas seterusnya, kami semua kena bawa kamera?? Kena bawa kamera??? Untuk apa??? Rupa- rupanya, kami ada tugasan baru. Kami semua, kena ambil gambar sebanyak 20 keping, yang menunjukkan peribahasa dan kemudian buat slide show; termasuk lagu sekali. Dr. dah ingatkan, jangan ambil gambar passport.. Ape maksudnya??? Jangan ambil gambar yang berdiri kaku, pandang kamera terus. Kami semua kena posing, bergaya, pandang tempat lain, ambil dari sisi, dan macam- macam lagi la. Janji, bukan gambar passport bayangan Dr. Normaliza. Lepas tu, kena ada gambar yang melompat, panjat apa- apa ke, janji ia pelik dan bersesuaian dengan peribahasa yang nak kita utarakan. Rasa kelakar pun ada juga. Mana taknya, semua orang yang duduk kat latar pun, tengok semacam je pelajar- pelajar BBM 3410 ni. Kita orang pun fikir apa peribahasanya dan macam mana nak beraksi di depan lensa. Dr. kata, kena ambil gambar di dalam area fakulti bahasa moden dan komunikasi je. So, ruang lingkup bertambah kecil. Kami semua macam mati akal nak buat gaya apa. Disebabkan itu juga la, kami buka internet untuk mencari peribahasa yang ada. Dah lama betul tak belajar peribahasa kan. Macam kanak- kanak bila ingat balik. Cari punya cari, akhirnya kami mampu menghasilkan 20 keping gambar dengan peribahasa yang tepat.
Macam- macam tempat kitorang semua pergi ambil gambar. Sampai mendaki bukit dekat dengan kubur.

Kemudian kena bentangkan dalam slide show, masa kelas.
Ahaha.. Aku teringat lagi mas dalam kelas tu, budak-budak perempuan kumpulan aku nak tukar lagu yang aku masukkan dalam slide show tu sebab kata diorang lagu tu mendayu-dayu. Beria-ia diorang nak tukar tapi tak tahu caranya. Ya lah, kalau nak tukar, nanti kena set balik masa untuk slide show tu jadi tepat tujuh minit. Aduhai… Macam mana nak tukar dalam kelas.. Memang tak sempat. Apa lagi, buat tak tahu saja la. Bentangkan terus. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Untuk kelas amali cik Alia pula, kami diberi tugasan untuk membuat power point berkaitan dengan isu semasa. Ia semestinya tak boleh sama antara satu sama lain. Jadi, mesti fikir apa isu global yang tak sama untuk semua kelas amali. Masa tu aku buat slide tentang amalan ilmu hitam. Hoho, satu persembahan yang mengerikan kepada kawan-kawanku termasuk juga Cik Alia. Aku mulanya nak buat pasal perkembangan muzik tapi budak kelas amali lain dah booking dulu tajuk tu. Pasal tajuk tak mengapa yang penting aku dapat juga ilmu baru bagaimana untuk buat slide yang menarik. Kasihan juga tengok ada kawan- kawan yang slidenya tak boleh buka, tapi nak buat macam mana, kan.. Entah kenapa la lagu tak boleh main. Kasihan, aku dah cuba tolong dengan segala ilmu yang ada tapi tak selesai juga masalah dia.

Kemudian, dalam kelas Dr. Normaliza, kami semua diminta bawa laptop. Kami semua pelik kenapa kena bawa satu laptop untuk satu kumpulan. Tapi, bawa saja la kan. Sampai- sampai saja kat kelas, Dr. bagi tugasan untuk buat karangan. Kami kena cabut undi untuk mendapatkan tajuk karangan. Dr. ingatkan supaya karangan tersebut mestilah dari hasil sendiri, tak ciplak dari mana- mana karya. Tak boleh merujuk kepada internet sekalipun. Kalau merujuk kepada internet, Dr. akan tahu. Kami kena buat 8 muka surat untuk karangan tersebut selama 1 jam lebih. Aduhai.. Cuak sekali lagi. Takut tak sempat je. Mujurlah kumpulan aku bawa 2 laptop, Ajue dan Lisa.

Kemudian, kami cari isi- isi penting untuk ditunjukkan pada Dr. Lepas Dr. setuju, baru kami boleh mula buat karangan tersebut. Disebabkan Dr. nak 8 muka surat, jadi kami buat 6 isi, 1 pendahuluan dan 1 penutup. Kami dapat tajuk “pendekatan sains dan teknologi kepada pelajar sekolah rendah”. Kami kena hantar tepat pukul 2 petang. Kalau lambat, tak akan diterima. Satu lagi, kami kena emailkan kepada Dr. Memang semua kumpulan bertungkus- lumus buat karangan tu. Semuanya cakap.. “cepat… cepat…” Bila ingat balik, kelakar pun ada tapi bagus tau. Iya la kan.. Terus buat kerja, tak bertangguh. Tak payah nak fikir apa- apa lepas ni. Bagus juga kalau buat kerja macam ni. Moralnya, kerjasama antara ahli kumpulan sangat penting, mutu kerja dan ketepatan masa perlu dititik beratkan dalam sesuatu pekerjaan. Lepas siap, kami pun hantar pada Dr. Sekali lagi, internet buat hal. Masa tu la ia nak slow. Banyak kali la kita orang cuba. Pakai macam- macam email. Sekali, bila pakai email aku, barulah ia boleh dihantar… Huish~ Tarik nafas lega lepas tu.

Ingatkan dah ok tapi boleh pula Dr. bagi note kat board depan bilik Dr. yang kumpulan kami punya karangan tak boleh nak baca. Aduhai… Aku yang kebetulan tak tidur malam pada suatu pagi tu dikejutkan oleh sms kawan aku yang mengatakan karangan yang kitorang emailkan tak boleh dibaca. Jadi, aku pula emailkan semula kepada Dr. Sebelum masa untuk email tu tutup, sempat jugaklah aku edit-edit apa yang patut. Bagus juga karangan tu tak dapat dibaca oleh Dr., sempat aku meningkatkan mutunya. Hehehe.. (Dr. janglah tolak markah pulak yek). Sekali post, bukan calang-calang, aku post sampai tiga kali. Sampai Dr. cakap dalam kelas, kumpulan kita orang pos lebih dari 3 kali. Hehe~ sebenarnya, risau kalau Dr. tak boleh baca lagi. Jadi, tu yang post banyak kali tu. Alhamdulillah, Dr. dapat juga karangan kita orang. Kalau tak, sia- sia sahaja buat. Sebabnya, ada juga kumpulan yang Dr. kata tak dapat email mereka. Kasihan kan.. Tapi, Dr. mesti ada cara macam mana nak tolong mereka supaya mereka tak kehilangan markah. Jadi, mereka tak perlulah risau sangat.

Dalam kelas amali pula, kami diminta menghasilkan kalendar.sendiri. Terus terang aku katakan, sikit pun aku tak tahu macam mana nak buat kalendar ni. Walaupun cik Alia dah terangkan dalam kelas amali, tapi aku masih terkial-kial tak tahu nak buat apa. Tapi dalam hati aku berkata, tiada benda yang aku tak boleh buat selama ini. Aku akan pastikan aku dapat menguasai apa saja bidang yang aku ceburi. Aku cuba mempelajari selok belok menggunakan photoshop. Mana-mana bahagian yang aku kurang tahu, aku bertanya pada kawan-kawan aku. Alhamdulillah, aku mampu menggunakan photoshop. Cuma masa yang singkat tidak memberikan aku peluang untuk mempelajarinya dengan lebih jauh lagi. Tak mengapa, lepas ni aku mesti boleh buat lebih baik. Aku yakin. Aku puas hati dengan hasil kerja aku sendiri walaupun ada satu part tu Cik Alia tergelak tengok muka superman bertukar dengan muka aku. Hahaha..

Dalam kelas Dr. Normaliza pula, aktiviti kami yang seterusnya adalah menghasilkan e- majalah. Mula- mula, memang tak faham apa maksud Dr. sebab kami semua diminta bawa kertas lukisan, warna pensil dan pensil 2B. Dr. Normaliza pun terangkan macam mana nak buat. Kertas lukisan tu, Dr. minta lipat 2, seperti majalah. Dr. nak 5 kertas lukisan menjadikan majalah kami ada 20 muka surat. Dr. minta kami pilih tajuk untuk majalah kami dan tajuk yang kami pilih tu, tak boleh ada sama dengan majalah yang ada di pasaran. Macam mana tu ek?? Jadi, dengan masa yang singkat tu, kami buat majalah tentang busana. Busana apa??? Kami buat busana tentang semua peringkat umur. Daripada kanak- kanak, remaja, ibu mengandung, dan orang dewasa. Masa tu, terkocoh- kocoh buat. Mana taknya kan, macam biasa, Dr. nak pukul 2 tepat. Kalau lebih dari pukul 2, tak akan diterima.

Aku rasa sangat berbangga dengan ahli kumpulan kami sebab semuanya bagi komitmen yang sangat baik. Cuma sang ketua ada kecoh sikit (banyak cakap, banyak komen). Tapi kelebihannya yang banyak cakap tu, satu kebaikan kepada kami sebab dia ketua kami masa tu. Hehehe.. jangan marah ya sayang.. Biarpun ada juga yang cakap tak pandai melukis, tapi tak apa. Sekurang- kurangnya, itu hasil kerja kami secara berkumpulan. Masing- masing ambil peranan sebab sebelum melukis, kami dah buat draft. Masa melukis, masa paling melecehkan bagi aku. Sejak kecil aku memang x pandai melukis. Dulu masa sekolah rendah, aku asyik lukis bunga je. Itu je la benda yang aku boleh lukis dari dulu lagi. Sekarang nak lukis bunga pun macam dah tak pandia. Kesiannya diri aku ni, x pandai melukis.
Lepas lukis, waktu untuk mewarna la pula. Bab- bab mewarna ni, bukan aku x tahu. Aku boleh mewarna, tapi ada juga jenis-jenis warna yang aku tak kenal. Kadang kelabu ku kata hijau. Aduh, apalah nasib. Nak kata rbun warna tak jugak. Kami lakukan tugasan kami dengan lancar. Macam biasa, kami perlu menerapkankan asas grafik yang pernah kami belajar dulu. Kalau ada ahli kumpulan yang dah siap, kami bantu ahli yang tak siap lagi. Walaupun kita orang buat dalam bertungkus- lumus, sempat juga kami gurau- gurau supaya tak rasa tekanan. Dalam e- majalah ni, kita bukan saja lukis gambar busana tapi juga ada iklan, pertandingan, video, dan poster. Akhirnya, e majalah kami selesai. Rasa puas dalam hati bila kami Berjaya selesaikan kerja yang Dr. bagi dalam masa yang ditetapkan. Kepada ahli kumpulan Al- Najjah, terima kasih atas kerjasama yang kamu semua bagi untuk kumpulan kita sendiri.

Kelas kami yang seterusnya, kami kena buat bill board. Apa tu?? Biasanya kalau kita pergi berjalan, di kiri dan kanan jalan, mesti ada iklan yang terpampang besar atas board. Jadi, kami pun kena buat macam tu. Kami kena buat ia berevolusi. Dari zaman dulu sampai sekarang. Tapi, macam biasalah, Dr. tak nak kami ciplak dari mana- mana syarikat. Ia mestilah berdasarkan kreativiti kami sendiri. Kami semua memang dah tak tahu nak buat apa, tapi kena juga fikirkan. Dr. nak, benda yang kami lukis tu pelik dan tak nak ada yang pernah Dr. lihat. Kami, ahli kumpulan Al- Najjah dengan sepakat, nak buat tentang telefon. Evolusi komunikasi berzaman. Ni idea aku! aku boleh banggakan. Hahaha..

Dr. bahagikan kertas pada kami semua. 6 kertas semuanya jadi, masing- masing akan ambil 1 kertas. Kami pun agih- agihkan siapa yang nak buat telefon dari zaman dulu sampai sekarang. Setelah agih- agihkan tugas, kami mula melukis. Kami hanya menggunakan pensil tanpa perlu mewarna macam kelas yang sebelum ini. aku melukis telefon berkamera. Bab melukis ni memang aku lemah. Apa lagi, telefon yang aku lukis tu tak nampak bentuk dinamiknya. Sisi-sisinya lurus saja semua. Kalau ditafsirkan, ia lebih kepada bentuk kamera, bukannnya seperti bentuk telefon bimbit.

Sekali dalam kelas amali pula, kami kena buat offline web. Benda yang aku tak pernah terfikir untuk buat selama ini. Selama ni aku dengar je orang-orang bertanya cara untuk buat web, bagi aku mungkin bendanya susah nak buat. Sebab tu orang selalu bertanya-tanya. Cik alia suruh kami semua buat web yang berkaitan dengan diri sendiri. Kami diminta untuk membuat web berkenaan diri masing-masing. Urm~ rupanya taklah sesusah yang aku fikirkan selama ini. Cuma designkan dan lepas tu link kan. Ada seorang tu, dia nak buat web yang 'gempak' lah katakan. Sekali tak dapat nak link kan. Hampeh, kesian budak tu. Nak tolong pun tak tahu nak buat macamana. Bersepah-sepah folder dia. Itu yang tak boleh nak link tu. Hehehe.. Kesian.

Dalam kelas bahasa dalam multimedia ni, ada jugak aktiviti outdoor. Pergi ke rumah anak yatim. Berdasarkan pengalaman aku sebelum ni, agak sukar sikit untuk handle kanak-kanak ni. Maklumlah, ada yang degil, ada juga yang tak nak ikut aktiviti. Tapi walau apa pun mereka, kami sedar kedatangan kami adalah untuk menyumbang apa yang kami ada iaitu 'ilmu' dan bersabar sajalah dengan karenah mereka. Itu perkara biasa bagi kanak-kanak. Memang pada mulanya rasa macam susah. Iya la kan. Mana ada bajet. Tapi, bila niat kita tu ikhlas, benda tu dipermudahkan olah Allah.

Sebetulnya, kami nak pergi 2 kumpulan ke rumah anak yatim tu, tapi disebabkan ada hal- hal yang tak dapat nak dielakkan, kami mengambil keputusan untuk pergi sendiri. Bukan apa, cuma tak nak bergaduh ataupun perselisihan faham. Kumpulan yang satu lagi asyik bagi tekanan pada kami sedangkan benda tu, boleh je bincang elok- elok. Diibaratkan kami macam tak buat satu kerja pun. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berpecah. Lagipun, bukan kami yang tak nak bersatu tapi, untuk mengurangkan bajet mereka, kami bersetuju untuk bersatu. Tapi, bila ada sedikit perselisihan pendapat, terus berbincang secara elok untuk berpecah. Mereka setuju dan hubungan kami semua kembali seperti sedia kala.
Ahli kumpulan kami terus mencari asrama anak yatim di sekitar Selangor dengan bertanyakan kepada kawan- kawan dan mujurlah ada kawan yang selalu pergi melawat Asrama Penyayang Kg. Sungai Buaya. Kami sekumpulan berbincang mengenai bajet kerana jika dikumpul seorang RM 50, kami hanya dapat RM 300, sedangkan duit untuk makan mereka sahaja sudah mencecah ke RM 360(setelah dihitung). Belum lagi dengan hamper, alat belajar, sukan, duit minyak, dan sebagainya. Berdasarkan pandangan Dr. Normaliza, kami mengumpul derma dari pensyarah- pensyarah di fakulti bahasa moden. Al- maklumlah, masa tu baru dapat gaji( bijak kan, minta derma masa gaji).

Alhamdulillah.. Kami berjaya mendapat RM 300 dari sumbangan para pensyarah. Masa mula- mula sampai ke asrama tu, anak- anak yatim di sana sangat menghargai kehadiran kami semua. Kehadiran kami disambut dengan senyum manis mereka semua. Sangat mesra. Aktiviti pertama kami, kami mulakan dengan poco- poco. Kemudian, diikuti dengan latihan dalam kumpulan, sukaneka dan penyampaian hadiah. Walaupun ada anak- anak yatim yang nakal, tapi kami tenang je menghadapi gelagat mereka. Lagipun, seketika cuma kami di sana. Jadi, biarlah kami mengisi kkekosongan kasih dan sayang pada diri masing- masing. Tersentuh hati bila berada di sana kerana tidak semena- mena ada anak yatim yang datang kepada kami dan menceritakan tentang kehilangan ibu bapa mereka. Biarpun kami tidak bertanya tentang diri mereka, tapi bila mereka datang duntuk bercerita, kita patut mendengar luahan mereka dengan rela hati. Sayu hati mendengar pelbagai macam cerita. Ada seketika ku lihat Ajue memeluk seorang demi seorang untuk memberitahu bahawa kedatangan kami adalah untuk untuk menemani mereka.

Waktu balik, mereka meninggalkan kami dengan tawa dalam tangisan sehinggakan mereka mengingatkan kami agar datang lagi nanti. Sememangnya, kenangan itu cukup indah dan tidak akan kami lupakan. Selepas ke rumah anak yatim, tugasan kami yang berikutnya ialah membuat video dan gambar tentang melawat ke rumah anak yatim tersebut. Kami berkumpul untuk memilih gambar dan video yang patut dimasukkan ke dalam slide. Usaha kami tidak sia- sia apabila kumpulan kami juga ditabalkan sebagai antara video terbaik dalam kelas. Alhamdulillah..

Dalam kelas amali pula, kami diminta untuk membuat blog. Blog ini berdasarkan tokoh bahasa yang kami jumpa dan interview. Blog.. Blog.. Blog.. Baru aku tahu satu lagi benda yang selama ini orang sebut-sebutkan. Mudah, tapi perlu kreatif dan bijak. Aku tak tahu macam mana nak hiaskan blog sebelum ni. Kini aku belajar benda baru. Dan seperti yang aku katakan, tiada benda yang aku tak boleh buat.

Kelas kami yang terakhir, Dr. Normaliza mengingatkan tentang peperiksaan akhir dan juga tentang kerja- kerja yang sepatutnya kami hantar. Dalam kelas Dr., kami diminta menyelesaikan teka silang kata yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Selepas itu, daripada kertas teka silang kata tersebut juga, kami hasilkan sebuah origami. Origami tersebut, arahan daripada slide show di kelas. Kumpulan yang pertama berjaya menyelesaikan origami, akan diberikan markah bonus. Kumpulan kami sekadar memperoleh tempat ketiga tapi syukurlah daripada kumpulan yang tidak berjaya langsung membuat origami.

Agak rugi siapa yang tak mengambil kelas bahasa dalam multimedia ni. Tak dapat kenal siapa itu Dr. Normaliza. Lagi, pelajar-pelajar fakluti bahasa yang tak mengambil kursus ni, rugi tak belajar pasal multimedia. Sedangkan pelajar-pelajar komunikasi pun berlumba-lumba untuk masuk kelas ni tau. Alhamdulillah.. Aku dapat masuk kelas ni. Paling tidaknya aku ada bekalan untuk digunakan pada masa hadapan berkaitan multimedia ni. Alhamdulillah.. Sepanjang satu semester ni, aku berjaya menghabiskan segala tugasan yang diberi. Aku berjaya turun semua kelas Bahasa Dalam Multimedia sebab bukan senang aku nak turun kelas. Maklumlah, aku susah nak tidur malam. Jadi siang masa untuk aku tidur. Aku tahu itu tidak baik untuk diriku. Aku pasti akan merubahnya berasaskan prinsip ”tiada benda yang aku tak boleh buat”. Aku nak buktikan pada semua orang yang aku bukan calang-calang orang. Aku Yusni (bergemerlapan).

Hari terakhir dalam kelas bahasa dalam multimedia itu membuatku sedar sedikit dari lamunan ku selama ini. Terbayang wajah puas Dr. Normaliza terhadap kami (saya suka mambaca raut wajah orang Dr.) Hehehe.. Satu sejarah dalam hidupku, satu-satunya kelas yang aku tak pernah miss walaupun pensyarahnya tidaklah segarang pensyarah lain. Aku sangat suka kelas ni! aku sangat suka cara Dr. Normaliza! Aku sangat suka cara Cik Alia (sebiji macam ibunya juga). Terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat.. Maafkan saya 'Yusni bin Abd. Rahman' anak didik mu ini sekiranya ada membuat salah dan silap. Semoga Dr. Normaliza dan Cik Alia terus berjaya.
Amin..

Salam..

Puisi Salmi Manja

Manusia Dan Kesejahteraan ~ Salmi Manja

Kelelahan kita semakin parah tenatnya
berserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan
tak siapa mahu beralah.

Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
janjikan harapan semanis janji orang bercinta
setiap pembicaraan tanpa persatuan
kejujuran mati di hati.

Hari ini tak payah parau bertanya
ketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusia yang kian bermuka dua.

Demi kelak dewasanya anakku
kau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusia
mencucuri bahan api neraka.

Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
hanya kesejahteraan membunga api.


SALMI MANJA
1 Januari 1961
Antologi Anak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka

Isteri A. Samad Said (Salmi Manja)




Gambar A. Samad Said bersama isteri beliau Salmi Manja (sebelah kanan A. Samad Said) bersama-sama rakan-rakan mereka

Nama pena A. Samad Said

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena seperti;


• Hilmy
• Isa Dahmuri
• Jamil Kelana
• Manja
• Mesra
• Shamsir

Antologi puisi yang dihasilkan oleh A. Samad Said

Antara antologi puisi yang pernah beliau hasilkan ialah;


• Suara Dari Dinding Dewan (2003),
• Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).
• Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Novel-novel yang dihasilkan A. Samad Said

Beliau menunjukkan minat dalam penulisan sejak di bangku sekolah dan telah menghasilkan banyak karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Novel beliau yang terkenal ialah:

• Salina
• Langit Petang
• Sungai Mengalir Lesu
• Hujan Pagi
• Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri
• Adik Datang
• Cinta Fansuri

Penglibatan A. Samad Said dalam memperjuangkan bahasa

Dato A. Samad Said bersama-sama pejuang bahasa yang lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menyebabkan beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU turut digunakan untuk menghalau orang ramai. Sebagai akibat, beliau turut terkena gas pemedih mata

Kerjaya A. Samad Said

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.


Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel yang ditulis oleh Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer’s Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secara tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesusasteraan.

Puisi A. samad Said

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said




Bahasa Terindah

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

~ A. Samad Said




Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin,
rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan Akhirnya,
tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya,
jika ia langsung tak datang atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak pun takdir tetap terbuka pintunya bertanya:
manusia,
engkau ini sebenar-benarnya siapa..

~A. Samad Said (1985 )

Rabu, 8 April 2009

GAMBAR BERSAMA SASTERAWAN NEGARA

ni la kenangan yg paling aku xboleh lupa...berjumpa dengan A. Samad Said, mcm mimpi jadi nyata...huhuw~ aku mmg mengagumi beliau dari dulu lagi... Macamana dia boleh hasilkan karya yang sangat bermutu. Aku nak sangat jadi macam beliau..






ni pula, gambar aku, A. Samad Said ngan ajue..

Selasa, 7 April 2009

SASTERAWAN NEGARA A. SAMAD SAID


Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali dengan nama A. Samad Said dilahirkan pada 09 April 1935 merupakan Sasterawan Negara pada tahun 1986. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write
Awards
).


Beliau dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. Beliau memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).